Friday 24 August 2012

Hari Kemerdekaan 2012



JANJI DITEPATI



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 untuk semua warga malaysia dan ahli KAPTEN cawangan Bachok, semoga kita dapat menghayati hari kemerdekaan negara kita dengan penuh bermakna.

 

Wednesday 22 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012M




Pengerusi dan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Bachok mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh warga KEPTAN Cawangan Bachok, warga Pendidikan Daerah Bachok, warga KEPTAN Cawangan-Cawangan Negeri Kelantan, EXCO, Cawangan-Cawangan dan ahli-ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




SELAMAT BERCUTI